...::: Life is Just Full of Colors :::...

Monday, July 26, 2010

Malam Nisfu Syaban (14 Syaaban 1431H) @26 Julai 2010

 As tonight is (26 July 2010), a night of Nisfu Syaban, here I share the practice that we may want to do in conjunction with the Mid-Sya'ban to have the mercy and the forgiveness from Allah SWT.

The handouts below been distribute last year during my practical training @ the school I am posted today and here I share out up to much of my care with all readers.

"Sabda Rasulullah SAW: Bulan Syaaban keagungan malamnya dengan malam Nisfu Syaaban seperti mana keagungan Rejab dengan malam Isra' Mikrajnya dan keagungan Ramadhan dengan malam Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Syaaban telah datang Jibrail kepada Rasulullah SAW lalu katanya: Angkatlah kepalamu ke langit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan oleh Allah orang yang tidak menyekutukanNya dengan sesuatu kecuali ahli nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak dan derhaka kepada ibu bapa. "

Amalan pada malam Nisfu Syaaban:
  1. Hendaklah dibaca Yaasin dengan diniatkan memohon dipanjangkan umurnya dalam mentaati Allah.
  2. Kemudian dibaca Yaasin dengan diniatkan diluaskan Allah pintu rezekinya yang halal dan diberkatiNya.
  3. Kemudian dibaca Yaasin dengan diniatkan minta dimatikan dalam iman ("Husnulkhotimah").
  4.  Kemudian dibacakan doa Nisfu Syaaban:

Erti Doa Nisfu Syaaban:

Ya Allah …Yang Maha Pengurnia…tanpa dikurniai
Wahai Yang Empunya segala kebesaran dan kemuliaan
Wahai Yang Empunya segalah kemurahan dan pemberian
Tiada Tuhan melainkan Engkau

Engkaulah Pelindung bagi sekalian pelarian
Engkaulah jua Penaung bagi yang mencari perlindungan
Engkaulah Penenteram bagi mereka yang berada di dalam ketakutan

Ya Allah kiranya aku ini tersurat pada sisi Mu
Sebagai penjahat lagi terkutuk
Sebagai terhindar dari yang jauh lagi sempit tanpa rezki dariMu

Dengan segala kebajikan yang ada pada Mu
Ya Allah Hapuskanlah dari suratanMu itu Kejahatan yang tersurat tadi
Juga kutukan yang jauh dari kebahagiaan
Termasuk penghindaranku dari sisiMu dan kesempitan hidupku

Ya Allah tetapkanlah dalam suratan Mu
Sebagai orang yang berbahagia ....sentiasa beroleh rezeki
Menerima aneka kurnia dan kebajikan

Sebenarnya Engkau Ya Tuhan telah bertitah
Titahmu adalah Hak dan Benar
Tersurat dalam kitabMu yang diturunkan
Menerusi lisan Nabi Mu yang terutus
Yang bermaksud
Allah sesukaNya Menghapus dan Menentukan Sesuatu
DisisNya sahaja terdapat IBU KITAB suratan takdir

Tuhanku dengan penyerlahan Zat Mu Yang Maha Agung
Pada malam pertengahan bulan Syaaban yang Mulia Ini
Di mana berlakunya pembahagian dan penentuan dalam setiap perkara

Hindarkanlah dariku segala petaka
Yang aku ketahuinya ataupun tidak
Bahkan apa jua yang Engkau lebih mengetahuinya dariku
Kerana Engkau jua Yang Mengetahui tentang segala-galanya

Aku mohon Rahmat Mu Duhai Tuhan Yang Maha Pengasih
Dari sekalian Yang Mengasihani
Kiranya Engkau sampaikan selawat dan salam
Pada Penghulu kami Nabi Muhammad shallalahu ’alaihi wasallam
Serta kepada para keluarga dan sekalian sahabatnya

Amin

Semoga kita sama-sama mendapat kenikmatan, keredhaan, keberkatan serta keampunan dari Allah SWT..InsyaAllah......








No comments: