...::: Life is Just Full of Colors :::...

Tuesday, August 10, 2010

AhlanWasahhlan Ya Ramadhan

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan..
Bersyukur kita kerana dipertemukan lagi dengan Ramadhan tahun ini.
Selamat Berpuasa Muslimin Muslimat Seluruh Dunia

Lafaz Niat Puasa Ramadhan:
"Sahaja aku puasa esok hari - (kerana mengerjakan) fardhu bulan Ramadhan pada tahun ini -
kerana Allah Ta'ala"

Pada malam 1 Ramadhan, elok ditambah perkataan Arab 'kullihi' (bermaksud: sekeliannya) sebelum lafaz '..LiLLahi Ta'ala'. Jika dibaca, ia bermaksud kita berniat puasa itu merujuk semua/sekelian/seluruh hari dalam bulan Ramadhan. Contohnya seperti berikut:

"Sahaja aku puasa esok hari - (kerana mengerjakan) fardhu bulan Ramadhan pada tahun ini ,
sekeliannya- kerana Allah Ta'ala"

Jika berniat seperti di atas pada malam pertama Ramadhan, sedangkan terlupa niat pada mana-mana malam sepanjang Ramadhan, menurut pandangan Mazhab Syafi'e - puasanya sah.  

Doa Berbuka Puasa:
 "Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa; dan dengan Engkau beriman aku; dan dengan rezeki Engkau aku berbuka; dengan rahmat-Mu - wahai Yang Maha Pengasih dan Penyayang"

 Sama-samalah kita Lipatgandakan Amalan Kebaikan.
Semoga kita semua diampuni dan dirahmati Allah, serta dijauhkan dari api neraka..
InsyaAllah...Amennn..

Kelebihan Bersolat Terawih pada malam pertama Ramadhan:-
Telah keluar orang mukmin daripada dosanya pada malam pertama seperti ia baru dilahirkan, dengan lain perkataan segala dosanya diampunkan Allah S.W.T.
InsyaAllah..








2 comments:

Drama Mama said...

happy Ramadhan to u and family!

http://twinkywinkystars.blogspot.com

Imma said...

salam Ramadhan utk Bai and family jugakk.. :-)

Selamat berpuasa yerk..