TART GULUNG a.k.a TART NENAS comel
Gilaaa...!!! macam tak percaya tahun ni semua cookies aku buat sendiri..but boleh laa sementara ada yang nak membantu sikit2..tak dak laa bosan sgt aku duk sorang2 kat dapoq tuu baking for all alone..but tahun depan klu dipanjangkan umur and dimurahkan rezeki masuk rumah baru..with full of hopes..boys boley laa present with all their piling keen and kindness to help..ahaks..
And by the way, below are the ingredients and way how to prepare it:
Inti:
- Nenas (2 biji saiz sederhana diparut)
- Gula (as how you wish your jam to be sweet)
- 1/2 sudu teh cuka masak
- 2 kuntum bunga cengkih
- sedikit kayu manis
- 1 sudu teh esen vanila
(masak nenas yang dah diparut sambil dikacau sampai kering air..kemudian masukkan semua bahan-bahan lain dan kacau lagi hingga jem pekat..gunakan api sederhana sebab kalau api kuat nanti jem cepat hitam / hangus)
Doh:
250g tepung cookies
25g tepung jagung
30g tepung castard
25g tepung susu (optional, klu nak bole letak, klu xnak pun takpa)
250g butter
1 biji telur
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar gula - (untuk doh saya tak letak gula sebab jem dah manis (menu sihat laa konon-konon)
- kuning telur utk hiasan
Cara nak buat:-
- Pukul gula dan butter hingga sebati. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi sampai sebati
- Masukkan tepung-tepungan semua dengan minyak sapi then uli
- Tekan dengan acuan, letak jem then gulung
- Masukkan dalam dulang pembakar then bakar dalam oven pada suhu 160 darjah selama 15 minit atau sampai masak laa erh..
- Setelah masak, kluarkan dan sapu kuning telur cepat2 masa tart tengah panas lagi..ada orang sapu masa sblm bakar..ikut laa mana2 u all suka..
- Biarkan sejuk dan bole laa disimpan dalam bekas or dalam perut.. :-)
Selamat mencuba
Happy baking moms and gurls out there..
Cheers ;-)