...::: Life is Just Full of Colors :::...

Thursday, March 18, 2010

Happy Birthday to My Beloved DarLing


Today is 18th of March, the most waited date to those that have their own memories that fall on this date. And I strongly believe that this date as well had given my dear Darling the most memorable memories that can't be overlooked.

Yes the most of course he has been counting his age for 33 years until today and another memory that had been crafted on this date was the day that we got engaged ;-) Just looking back to the day of our engagement almost 4 years back, we don't have pic together..hmm..following the custom from the mothers before, it's not really good if in the engagement ceremony to take pic together between the bride and the groom to be..So kami nii ikutkan jer..

Hmm..to my dear DARLING..syg doakan semoga abg dipanjangkan umur, dimurahkan rezki dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat..Aminnn..


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi maha Penyayang,
Ya Allah
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi
Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berilah aku petunjukkan kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati suaminya...


Tiada lagi yang lebih bermakna selain berada di samping mu sehingga ke hari ini..I will love you and will always love you and will still loving you till the end of my life. Nothing than the most precious word that I could say..I LOVE YOU my hubby... :-)

to my beloved HUBBY








4 comments:

Nurul Ulfa said...

sweet & romantic...eh eh imma dia dah 33 tahun..waktu sesuai untuk tambah lagi seorang anak tu..hehe..jangan marah ye..gurau-gurau je..*wink*

Imma said...

Thanks Ulfa..doakan kebahagiaan kami smpi ke akhir hayat yer..insyaAllah..Aminn..

Hmm..part nak tambah umat tuh masih dipikirkan lagi..ada rezki insyaAllah tahun depan..heheh..tak sabar jugak but then still fobia pon ada jugak..huhuu

Drama Mama said...

cuba letak gambar top satu kat sini, sure readers tingin nak tengok! haha...amin lani dah glemer siap orang kenai dia kat pasar malam pasai tengok dalam my blog..wakakakkaa

btw, happy birthday top! semoga bahagia selalu and murah rezeki. nanti kalau free mai naa bday irfan n amin, bole tumpang celebrate sama2 ;-)

Imma said...

Ahahahahaa...xmau laa letak..dia pon jarang expose gambaq wifey dia nih..tsk tsk tsk..but at least ada laa jugak dalam my FB kann.. :-(

By the way Bai..thanks for all your wishes..